empty
 
 
Pengasas Bersama BitMEX Utarakan Halangan bagi BTC Sebagai A...
07-05-2025 13:14
Pengasas Bersama BitMEX Utarakan Halangan bagi BTC Sebagai Aset Rizab
Pengasas Bersama BitMEX Utarakan Halangan bagi BTC Sebagai Aset Rizab

Sebahagian penganalisis kekal skeptikal terhadap idea menjadikan Bitcoin sebagai sebahagian daripada rizab strategik kerajaan Amerika Syarikat. Mereka berpendapat bahawa mata wang kripto utama itu terlalu tidak stabil untuk diiktiraf sebagai aset negara yang selamat. Antara golongan skeptik tersebut ialah Arthur Hayes, pengasas bersama bursa kripto BitMEX, yang berpandangan bahawa beban hutang AS yang kian membengkak serta persepsi negatif terhadap komuniti kripto akan menggagalkan sepenuhnya idea ini.

“AS ialah negara defisit,” kata Hayes, sambil menyindir bahawa satu-satunya tindakan yang boleh dilakukan kerajaan ialah “tidak menjual Bitcoin yang mereka rampas daripada orang ramai.”

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan AS tidak mungkin akan mencetak dolar semata-mata untuk membeli aset yang sangat mudah berubah nilainya — dan lebih mustahil lagi untuk mereka memberi penjelasan tersebut kepada para pengundi. “Lebih-lebih lagi apabila naratif popular tentang Bitcoin dikaitkan dengan golongan ‘crypto bros’ yang hanya pergi berhibur di kelab malam,” tambah beliau dengan sinis.

Hayes yakin bahawa idea tersebut tidak akan menjadi kenyataan dan langsung tidak akan memberi kesan terhadap harga Bitcoin. “Saya secara peribadi percaya dominasi Bitcoin akan kembali ke paras sebelum musim altcoin 2021, iaitu sekitar 70%,” ramalnya. Beliau turut percaya bahawa kemunculan semula pasaran kenaikan besar-besaran (bull market) hanyalah soal masa.

Terdahulu, Hayes pernah mencuri perhatian apabila meramalkan bahawa harga Bitcoin boleh mencecah $1 juta menjelang tahun 2030. Beliau turut menyeru para pelabur agar tidak terlalu lama menunggu sebelum memasuki pasaran.

*The market analysis posted here is meant to increase your awareness, but not to give instructions to make a trade.

  • Grand Choice
    Contest by
    InstaForex
    InstaForex always strives to help you
    fulfill your biggest dreams.
    SERTAI PERADUAN
  • Chancy Deposit
    Deposit akaun anda sebanyak $3,000 dan dapatkan $6000 lebih lagi!
    Dalam Diseember kami membuat cabutan bertuah $6000 dalam Kempen Chancy Deposit!
    Dapatkan peluang untuk menang dengan membuat deposit $ 3000 ke dalam akaun dagangan. Setelah memenuhi syarat ini, anda menjadi peserta kempen.
    SERTAI PERADUAN
  • Trade Wise, Win Device
    Daftar untuk peraduan dan tambah dana akaun anda dengan sekurang-kurangnya AS$ 500 untuk layak memenangi peranti mudah alih.
    SERTAI PERADUAN
  • Bonus 30%
    Dapatkan bonus 30% setiap kali anda membuat penambahan dana akaun anda
    DAPATKAN BONUS
Tidak boleh bertanya sekarang?
Tanya soalan anda di Ruangan bersembang.
Panggilan semula Widget